Sejarah Sitiawan (kawasan persekutuan)

Kawasan Sitiawan terletak di barat daya negeri Perak.[1] Ia diciptakan dari Dindings. Walaubagaimanapun, kawasan Sitiawan telah dihapuskan pada tahun 1974 dan kini ia telah digantikan dengan Lumut. Kawasan parlimen ini juga telah wujud sejak negara Malaysia belum mencapai kemerdekaan iaitu pertama kali dipertandingkan pada 19 Ogos 1959.[2] Pada pilihan raya pertama Tanah Melayu 1959, sebanyak tiga calon telah bertanding di kerusi parlimen Sitiawan. Mereka ialah Yong Woo Ming dari Parti Perikatan, Too Joon Hing dari parti bebas dan Hor Hock Lung dari Parti Progresif Rakyat (PPP). Yong Woo Ming telah menang dan telah menewaskan dua calon lain dengan mendapatkan undian sebanyak 6,442.[3]

Kawasan parlimen Sitiawan merangkumi beberapa mukim di Daerah Dinding (kini Daerah Manjung), pekan Lumut, Damar Laut, Kampong Bharu, Pangkor, Pasir Bogak, Pekan Sungai Pinang Kechil, Kampung Sitiawan, Sitiawan, Kampung Koh serta Pekan Gurney.[4]

Rujukan

WikiPedia: Sitiawan (kawasan persekutuan) http://www.singapore-elections.com/malaysia-electi... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt... http://www.parlimen.gov.my/files/hindex/pdf/DR-200... http://www.spr.gov.my/index.php/component/content/... http://web.archive.org/web/20160604045153/http://w... http://web.archive.org/web/20170325081127/http://w... http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/... https://archive.org/details/penyata-pilehanraya-um... https://web.archive.org/web/20160424120924/http://... https://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised...